Pelarian Hazara teruskan kehidupan di bandar Australia

SEORANG pelarian Hazara yang kini menganggap Australia sebagai rumahnya, Ali, menamakan restoran baharunya sebagai ‘Restoran Persahabatan Afghanistan’, sebagai tanda penghargaannya kepada sambutan yang diterimanya selepas dia berpindah ke bandar Griffith sejak lima tahun yang lalu.

Ayah kepada tiga orang anak itu merupakan antara pelarian dan pendatang yang semakin meningkat ke Australia yang memilih untuk tinggal di kawasan pedalaman berbanding di kawasan yang diterangi dengan lampu-lampu, kawasan yang sibuk dan kos kehidupan yang tinggi seperti di Sydney atau Melbourne.

Perkataan ‘persahabatan’ sentiasa tersemat di dalam pemikiran Ali, lebih-lebih lagi ketika dia sedang memasak daging kambing dengan raut wajahnya memaparkan satu kesungguhan dan ketekunan bagi memenuhi permintaan para pelanggannya.

Ia merupakan restoran Afghan yang pertama di Griffith dan memerlukan enam jam perjalanan dari barat Sydney. Ali mengorak langkah jauh dari terus bersembunyi dengan membuka perniagaan di kawasan bandar yang sibuk.

“Saya mencadangkan kepada semua kawan-kawan saya, terutama masyarakat Afghanistan untuk datang ke Griffith, kerana kebanyakan penduduk di sini sangat mesra dan ramah,” kata Ali yang meminta agar nama keluarganya tidak digunakan bagi melindungi keluarganya di Afghanistan. “Di sini, kita juga akan dapat mencari pekerjaan kerana penduduknya juga tidak terlalu ramai,” tambahnya.

Ali mengorak langkah jauh dari terus bersembunyi di kawasan pedalaman Australia dengan membuka perniagaan di kawasan bandar yang sibuk. – AFP

Ayah kepada tiga orang anak itu merupakan antara pelarian dan pendatang yang semakin meningkat ke Australia. – AFP
Ali menamakan restoran baharunya sebagai ‘Restoran Persahabatan Afghanistan’, sebagai tanda penghargaan kepada sambutan yang diterimanya selepas dia berpindah ke bandar Griffith sejak lima tahun yang lalu. – AFP

Turut dikenali sebagai sebuah negara pendatang, hampir separuh daripada 25 juta penduduknya dilahirkan di luar negeri atau mempunyai sekurang-kurangnya ibu atau ayah yang dilahirkan di luar negeri.

Negara tersebut menerima sekitar 14,000 pelarian setiap tahun dengan pengecualian untuk membolehkan satu sahaja pencari suaka tambahan, seperti skim yang dibuat baru-baru ini untuk 12,000 penduduk Syria dan Iraq.

Namun dasar anti suaka yang keras khususnya terhadap ketibaan bot dan kedudukan berprofil tinggi menjadikan negara ini tidak ramah kepada imigran yang bukan berkulit putih.

Terdapat peningkatan dalam sentimen anti-imigresen, menurut Institut Lowy dan kemasukan para pendatang dihadkan kepada 190,000 setiap tahun dan ia kekal stabil sehingga ke hari ini. Undian tahunan Lowy mendapati untuk kali pertama pada tahun ini, lebih daripada separuh warga Australia yang dikaji mengatakan jumlah pendatang terlalu tinggi, naik kepada 40 peratus pada tahun 2017.

Memanggil lebih ramai orang

Perubahan demografi yang cepat di Australia sejak sedekad yang lalu telah menyebabkan kekecewaan khususnya buat penduduk yang sedang bergelut dengan kesesakan dan harga rumah yang tinggi.

Namun pada masa yang sama, kebanyakan bandar serantau mahu menarik lebih ramai penduduk, menurut Menteri Kewarganegaraan Australia, Alan Tudge.

Kerajaannya telah mencadangkan ketibaan baharu pendatang dan mendiami bandar-bandar kecil selama beberapa tahun, dengan harapan untuk meramaikan lagi bandar-bandar kecil itu.

Para pengkritik berkata bahawa dasar itu tidak dapat dilaksanakan dan menambah bahawa para pelarian akan berdepan dengan perjuangan keselesaan hidup di kawasan bandar kecil begitu juga bahasa dan perbezaan budaya. Tetapi itu bukan apa yang Jock Collins di Universiti Teknologi Sydney temui, di mana beliau telah membuat tinjauan terhadap 250 keluarga baru-baru ini dari Iraq, Syria dan Afghanistan.

Collins berkata bahawa kebanyakan pendatang memberi maklum balas positif untuk berkongsi pengalaman mereka selepas berada di bandar-bandar kecil itu.

Kehadiran komuniti ini dapat meringankan lagi proses peralihan, kata Collins.

“Banyak bandar serantau dan luar bandar kehilangan populasi khususnya belia-belia muda, jadi para pelarian boleh mengisi jurang kekurangan itu,” jelasnya.

Sesetengah pendatang juga merasa sukar untuk menyesuaikan diri akibat kesibukan bandar, menjadikan bandar-bandar kecil menjadi pilihan. Beberapa insentif turut diberikan oleh pihak kerajaan kepada para pelarian khususnya pelarian muda untuk bekerja dan menyara kehidupan sendiri serta keluar dari kawasan pedalaman.

Buaya Ali

Salah satu kisah kejayaan dalam menangani pelarian berlaku di sebuah perbandaran kecil di New South Wales iaitu Mingoola, bersempadan dengan Queensland, di mana penduduknya semakin berkurangan disebabkan kekurangan belia muda dan lebih kepada warga emas.

Terdesak untuk melakukan sesuatu yang baharu, bandar itu akhirnya menemui jalan penyelesaian dengan membawa masuk pelarian dari bandar Afrika Timur yang sedang berjuang untuk meneruskan hidup di bandar utama Sydney.

Pujian telah diberikan kepada bandar Nhill, empat jam perjalanan dari Melbourne, setelah bandar kecil ini semakin terkenal berikutan sebuah syarikat ternakan tempatan negara itu Luv-A-Duck menemui komuniti Karen, sebuah kumpulan minoriti yang dianiaya di Myanmar yang berpindah ke bandar itu.

Selama lapan tahun, perniagaan syarikat itu terus berkembang pesat dan Karen telah membentuk 10 peratus daripada penduduk Nhill yang berjumlah 2,000 penduduk. – AFP