Wednesday, February 19, 2025
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelarian kekal di PNG

    SYDNEY, 9 April – Pencari suaka yang dihantar oleh Australia ke kem Papua New Guinea (PNG) akan ditempatkan semula di sana sekiranya mereka tidak ditawarkan sebuah tempat di Amerika Syarikat, kata Menteri Imigresen Peter Dutton hari ini.

    Canberra menghantar pencari perlindungan yang cuba memasuki negara ke pusat pemprosesan luar pesisir di Manus Island dan Nauru di PNG, menghalang mereka daripada menetap semula di Australia.

    Kerajaan konservatif itu sebaliknya berusaha menempatkan mereka yang didapati merupakan pelarian di PNG atau ke negara ketiga seperti Amerika Syarikat dan Kemboja.

    Usaha untuk memindahkan lebih 800 pelarian di Manus telah dipercepatkan dengan kem yang dijangka ditutup selepas keputusan Mahkamah Tinggi PNG pada tahun lalu mengumumkan bahawa menahan orang di sana adalah tidak berperlembagaan dan haram.

    Perdana Menteri Peter O’Neill (kanan) dan Perdana Menteri Malcolm Turnbull berjabat tangan semasa siang media bersama di Port Moresby, PNG, pada 8 April. – AP
    Perdana Menteri Peter O’Neill (kanan) dan Perdana Menteri Malcolm Turnbull berjabat tangan semasa siang media bersama di Port Moresby, PNG, pada 8 April. – AP

    “Terdapat pegawai dari AS, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Jabatan Negara, yang melihat pada kes individu buat masa sekarang,” beritahu Dutton kepada Sky News, tanpa berkata jumlah pelarian yang mungkin diterima oleh Washington. Beliau berkata mereka yang terlepas sedang “menetap di PNG, iaitu pengaturan yang dilakukan sekarang.”

    “Jika mereka didapati bukan pelarian, maka mereka dijangka akan dihantar pulang.”

    Perdana Menteri Malcolm Turnbull, yang berada di Port Moresby bagi mengadakan rundingan dengan rakan sejawatannya dari PNG, Peter O’Neill, enggan memberi komen mengenai sama ada pelarian akan dipindahkan ke kem Nauru, yang kini menempatkan 380 lelaki, wanita dan kanak-kanak.

    Hanya 36 pelarian yang telah menerima opsyen untuk tinggal di PNG, kata Dutton, dengan yang lainnya dilaporkan memetik kebimbangan keselamatan sebagai alasan tidak mahu menetap di negara Pasifik itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda