COX’S BAZAR, Bangladesh, 19 Sept – Polis Bangladesh hari ini mengusir pelarian-pelarian Rohingya beragama Islam dari kem-kem pinggir jalan yang penuh sesak dan kawasan ladang ketika kumpulan-kumpulan bantuan bergegas untuk mencari perlindungan kecemasan bagi puluhan ribu yang tinggal di luar dengan keadaan yang sungguh kotor.
Kira-kira 421,000 Rohingya menyeberang masuk ke Bangladesh sejak 25 Ogos, kata PBB, memenuhi kem-kem pelarian di sepanjang sempadan.
Kumpulan-kumpulan bantuan telah memberi amaran ke atas krisis kemanusiaan yang berlaku di kem-kem itu, di mana ratusan orang yang dalam keadaan separuh lapar bergegas ke trak-trak makanan yang melintas untuk mengambil makanan.
Pihak-pihak berkuasa bergelut untuk menangani dan orang-orang yang tidak diuruskan telah mengambil perlindungan di tempat tinggal sementara di pinggir jalan atau di kawasan bukit.
Kerajaan telah cuba untuk memindah pelarian ke kawasan-kawasan yang ditetapkan, atas kebimbangan bandar-bandar berdekatan akan dimasuki jika mereka tidak diperiksa.

Pihak polis hari ini mengosongkan setinggan-setinggan dan merobohkan perlindungan sementara di sekitar Kutupalong, salah satu kem terbesar di mana jalan-jalan dipenuhi dengan pelarian dan barisan panjang trafik dari pusat-pusat bantuan.
Amina Khatun, 70, membuat rumahnya menggunakan kem buatan sendiri di kawasan tanaman getah sebelum pihak polis mengusirnya. Dia mengambil perlindungan di sebuah sekolah berdekatan namun dipindahkan lagi.
“Kami berlari seperti ayam-ayam tanpa kepala. Mereka mengarahkan kami untuk pergi sekarang. Mengapa?” dia memberitahu AFP.
Menggunakan alat pembesar suara, polis memberi amaran kepada pelarian-pelarian yang tinggal di pinggir jalan boleh ditahan jika mereka enggan berpindah.
“Pihak polis meminta kami pergi, tapi bagaimana saya boleh bergerak lagi dalam masa terdekat dengan anak-anak dan barangan lain dalam cuaca hujan ini?” kata Khadiza Begum, seorang janda anak tiga. – AFP