Pelarian skandal 1MDB sembunyi di China

KUALA LUMPUR, 5 OGOS – Suspek dipercayai dalang 1MDB dan yang lain terlibat dalam skandal tersebut dipercayai bersembunyi di China, kata ketua polis Malaysia hari ini, menggesa pihak berkuasa di sana membantu memburu pelarian terbabit.

Polis Malaysia mengatakan minggu lalu Low Taek Jho dipercayai bersembunyi di bandar Macau, China namun Beijing pantas menyangkal tuduhan tersebut, menegaskan ia tidak melindungi penjenayah asing.

Bagaimanapun, Ketua Polis Malaysia, Abdul Hamid Bador berkata seorang wanita telah ditangkap tahun ini yang menghantar dokumen-dokumen kepada Low di Macau dan pihak berkuasa menyimpulkan dia berada di sana.

Dia juga mengatakan bekas ketua pegawai eksekutif anak syarikat 1MDB, Nik Faisal Ariff Kamil, dipercayai berada di Hong Kong, manakala bekas pegawai dana itu, Jasmine Loo dikatakan berada di bandar Shenzhen, China.

“Jho Low hampir bebas menjalankan perniagaannya” di Macau, katanya dalam wawancara dengan AFP dan meminta bantuan pihak berkuasa di sana.

“Kami mahu pihak berkuasa, polis di Macau bertindak secara bertanggungjawab.

“Tidakkah pihak berkuasa di Macau mempunyai naluri polis untuk membantu kami?” tambahnya.

Kedudukan Low sekian lama menjadi spekulasi dan dia dikatakan berada di lokasi lain, termasuk Emiriah Arab Bersatu. Dia didakwa di Malaysia dan China berhubung skandal 1MDB, tetapi menafikan sebarang salah laku.

Abdul Hamid berkata, hubungan dengan polis Hong Kong bertambah buruk dalam beberapa tahun ini, menghalang usaha penguatkuasaan undang-undang di sana. – AFP

Abdul Hamid Bador ketika diwawancara oleh AFP di Kuala Lumpur pada 5 Ogos. – AFP