Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Pelarian tinggalkan Ukraine mencecah 875,000

    GENEVA, 2 MAC – Jumlah pelarian yang melarikan diri dari konflik di Ukraine telah melonjak kepada hampir 836,000, satu angka yang ditunjukkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini, ketika pertempuran semakin sengit pada hari ketujuh pencerobohan Rusia.

    Secara keseluruhan, seramai 835,928 orang telah melarikan diri merentasi sempadan negara, menurut laman web UNHCR, agensi pelarian PBB.

    Itu menandakan lonjakan besar daripada 677,000 yang diumumkan petang kelmarin oleh ketua organisasi, Filippo Grandi.

    Lebih separuh telah menuju ke barat memasuki Poland, menurut pengiraan yang disiapkan sehingga kelmarin.

    Angka UNHCR menunjukkan bahawa 454,000 orang telah melarikan diri ke Poland; 116,000 ke Hungary; 67,000 ke Slovakia; 65,000 ke Moldova, 43,000 ke Rusia, 38,000 ke Romania dan 350 ke Belarus.

    Sementara itu, 52,000 telah berpindah ke negara Eropah yang lain.

    Dengan tambahan seramai 96,000 orang telah menyeberang ke Rusia dari wilayah pemisah Donetsk dan Luhansk antara 18 dan 23 Februari lalu, kata UNHCR.

    Tentera Rusia berkata mereka telah menawan pelabuhan Kherson di Ukraine hari ini, ketika tentera Rusia dan Ukraine bertempur di jalanan Kharkiv, bandar kedua terbesar di Ukraine, dan Presiden Volodymyr Zelensky berkata Moscow mahu melenyapkan negaranya.

    “Serangan tentera di Ukraine telah menyebabkan kemusnahan infrastruktur awam dan korban awam dan telah menghalau beribu-ribu orang dari rumah mereka untuk mencari keselamatan, perlindungan dan bantuan,” kata UNHCR.

    “Terdapat petunjuk jelas bahawa ramai lagi orang sedang bergerak dan mereka memerlukan perlindungan serta sokongan,” tambahnya. – AFP

    Pelarian termasuk wanita dan kanak-kanak yang datang dari Ukraine memasuki khemah perlindungan di sempadan Ukraine dan Romania di Siret, 2 Mac. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...