Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Pelatih NHDP meninggal dunia

    IPOH, 6 NOV – Seorang pelatih Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP) yang mengikuti Program Klinik Penjaga Gol di Akademi Hoki Raja Ashman di sini, meninggal dunia di asrama Majlis Sukan Negara (MSN) Perak pagi tadi.

    Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata Bill Wolfson Anak Lianie, 14, mengadu tidak selesa serta berasa hendak pitam lalu tiba-tiba rebah di dalam biliknya kira-kira pukul 7 pagi.

    “Pengurusan NHDP telah memanggil ambulans dan bantuan pernafasan telah dilakukan sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

    “Selepas cubaan menyelamat dilakukan, mendiang telah disahkan meninggal dunia dan sehingga kini tidak dapat dipastikan punca kematiannya,” katanya ketika ditemui Bernama di Jabatan Forensik HRPB di sini hari ini.

    Beliau berkata mendiang Wolfson adalah antara penjaga gol di Pusat Latihan Daerah NHDP di Sekolah Menengah Kebangsaan Penrissen, Kuching, Sarawak yang terpilih mengikuti klinik penjaga gol yang dikendalikan oleh NHDP di Akademi Hoki Raja Ashman Shah di sini bermula semalam hingga hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...