Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Pelatih PKBN berbakti bersihkan masjid

    Oleh Lyna Mohamad

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JAN – Seramai 250 orang pelatih dan jurulatih Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) telah mengadakan kempen kebersihan di Masjid Kampung Sungai Besar, kelmarin.

    Penyertaan rombongan berkenaan yang diketuai oleh Pemangku Komandan PKBN, Mejar (B) Sopian bin Haji Mohammad Yassin, adalah sebagai sebahagian daripada modul latihan untuk menanamkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelatih, yang selaras dengan moto PKBN iaitu Bersedia, Berkhidmat, Berbakti.

    Ia juga membantu menanam semangat cintakan negara, berbangga menjadi rakyat Brunei dan berterima kasih kepada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

    Turut terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan itu ialah ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid dan kumpulan Muslimah serta belia dan jemaah masjid.

    Pelatih PKBN membersihkan penapis penyaman udara di Masjid Kampung Sungai Besar.
    Para pelatih bergotong-royong membersihkan kawasan dalam masjid berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...