Pelaut diingatkan untuk berhati-hati

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JULAI – Para pelaut diingatkan untuk berhati-hati serta tidak menghalang laluan bagi kerja-kerja penundaan sangkar ikan luar pantai dari lokasi perairan Pulau Pelong-Pelongan ke perairan Pulau Pelumpong secara ulang-alik yang telah dilaksanakan bermula 23 Julai lalu hingga 23 Ogos.

Peringatan itu dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan (PBMP) Brunei Darussalam dalam kenyataannya, di sini, yang menyatakan bahawa kerja-kerja penundaan berkenaan akan dilaksanakan oleh Syarikat Hiseaton Fisheries (B) Sdn Bhd dan akan menyebabkan pembatasan kepada keselamatan pelayaran.

Kenyataan menyatakan bahawa kapal-kapal yang terlibat ialah Hiseaton 3, Hiseaton 2 dan Hiseaton 1 serta kedudukannya ialah di perairan Negara Brunei Darussalam dan perairan Pelabuhan Muara.

Ikan-ikan yang dipunggah dari tapak sangkar ikan tersebut akan dimaklumkan kemudian oleh syarikat berkenaan.