Pelawa tender asing tingkat sistem kereta api

YANGON, 16 Dis – Myanmar bersedia untuk menjemput tender daripada syarikat-syarikat antarabangsa awal tahun depan untuk menaik taraf kereta api Yangon-Pyay, salah satu seksyen paling utama dalam negara yang mengankut kira-kira 75 peratus penumpang kereta api, menurut laporan Global New Linght of Myanmar, hari ini. Kerja-kerja menaik taraf kereta api akan bermula pada 2020, menurut Myanma Railways (MR) dipetik sebagai berkata.

MR kini sedang mengendalikan kajian kebolehlaksanaan untuk menggunakan AS$200 juta untuk menaik taraf kereta api dan projek berkenaan akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun.

MR turut akan menerima pinjaman daripada Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Bank Pelaburan Eropah (EIB) bagi projek penaiktarafan berkenaan.

Menyedari pelaburan Myanmar dalam sistem kereta api hanya 1.5 peratus daripada keluaran kasar dalam negara (KDNK) berbanding negara lain iaitu enam peratus, pegawai menegaskan keperluan untuk melabur lebih banyak dalam sektor untuk membantu pembangunan ekonomi dalam negara berkenaan. – Xinhua