Pelawak Myanmar dipenjara hina tentera

YANGON, 18 NOV – Sekumpulan pelawak Myanmar hari ini dijatuhkan hukuman penjara kedua kerana satu persembahan yang mengkritik tentera, keputusan yang menurut pelawak ini menunjukkan hakim adalah ‘boneka’ tentera.

Kumpulan tujuh orang artis dikenali sebagai Peacock Generation, diberkas kerana mempersembahkan ‘Thangyat,’ seni Myanmar yang menyerupai puisi menghentam dalam April.

Memakai pakaian seragam tentera, mereka mempersendakan tentera melalui gabungan puisi, lawak dan muzik.

Namun pihak berkuasa tidak pun terhibur dan kumpulan itu, ditahan di penjara selama berbulan-bulan sudah, berhadapan beberapa kes lain. – AFP