Abdulle Alfarietie’s Shuttlers telah mengadakan perlawanan badminton persahabatan bersama Pengguna Dewan Lambak Kanan bertempat di Dewan SATENAGA Kampung Tanjong Nangka.
Mengetuai Abdulle Alfarieties Shuttler’s ialah Haji Abdullah bin Haji Mohamad dengan pasukan terdiri daripada 22 pemain manakala Pengguna Dewan Lambak Kanan pula disertai oleh 17 pemain yang diketuai oleh Haji Abdul Aziz bin Haji Japar.
Antara lain tujuan perlawanan persahabatan tersebut adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara para pemain badminton tempatan di negara ini.
Di samping itu, ia juga untuk meningkatkan lagi mutu permainan badminton dalam kalangan pemain-pemain Abdulle Alfarietie’s Shuttlers serta memupuk semangat kekitaan yang boleh melahirkan masyarakat yang sihat.
