Pelayan tempatan disabit bunuh pelajar perempuan

INDIA, 18 JULAI – Sebuah mahkamah di India semalam mendapati seorang pelayan tempatan bersalah merogol dan membunuh pelajar perempuan Britain Scarlett Keeling di pantai Goa pada 2008, mengubah keputusan sebelum ini.

Samson D’Souza didakwa bersama Placido Carvalho selepas mayat lebam-lebam dan separuh bogel Keeling, 15 tahun, ditemui di perairan cetek di pantai di negeri persantaian itu, tetapi kedua-dua lelaki dibebaskan daripada dakwaan membunuh pada 2016.

Semalam, seorang hakim di Mumbai menyokong penbebasan Carvalho tetapi mengubah keputusan D’Souza, menyabitnya bersalah membunuh, menggunakan kekerasan dengan niat mencabul kehormatan seorang wanita dan menggunakan dadah dengan niat mencederakan mangsa.

D’Souza, yang berusia 29 tahun apabila dia ditahan sejurus selepas kematian Keeling, akan dijatuhi hukuman esok.

Vikram Varma, peguam untuk ibu Keeling, memuji Biro Siasatan (CBI) kerana menerima kes itu dan merayu keputusan yang diambil.

“CBI bekerja berdasarkan sedikit bukti dan telah melakukan kerja yang cemerlang untuk mengemukakan sabitan berkenaan,” beritahu Varma kepada AFP.

D’Souza, seorang warga India, mungkin hadir di Mahkamah Agung, kata Varma. – AFP