WELLINGTON, 16 April – Seorang pelayar perahu layar Poland terpaksa dipujuk tentang ‘keseriusan keadaan’ sebelum beliau bersetuju untuk diselamatkan daripada perahu layarnya di kawasan terpencil Lautan Pasifik hari ini, kata pihak berkuasa New Zealand.
Seorang speaker Poland dibawa menaiki penerbangan empat jam dari New Zealand untuk memujuknya supaya meninggalkan kapalnya.
Kelasi itu, dikenal pasti oleh media tempatan sebagai Gregor Wegrzyn, 64, tahun, telah mengaktifkan suar kecemasan pada Khamis selepas stereng perahu layar sepanjang 10.6 meter Reginar R rosak.
Beliau dikesan oleh sebuah pesawat udara mencari Tentera Udara New Zealand kira-kira 2,700 kilometer dari timur New Zealand dan sebuah kapal kargo dihantar untuk mengambilnya.
Namun apabila kapal Key Opus tiba semalam, lelaki berkenaan enggan meninggalkan perahunya, kata penyelaras mencari dan menyelamat New Zealand Dave Wilson.
Kapal terbang tentera udara, dengan jurubahasa Poland di dalamnya, terpaksa pulang ke perahu layar dan menggugurkan radio kepada kelasi pada hari ini untuk memulakan komunikasi dan memujuknya supaya meninggalkan perahu layarnya.
“Lelaki berkenaan tidak pandai berbahasa Inggeris, satu halangan yang terpaksa kami atasi untuk operasi ini,” kata Wilson.
“Sebaik sahaja jurubahasa Poland, yang dikenali oleh lelaki itu, menghubunginya menerusi radio, beliau berjaya memujuknya tentang keseriusan situasi dan lelaki itu bersetuju untuk meninggalkan botnya.
“Disebabkan ia mengambil masa dua hari pelayaran untuk Key Opus tiba di lokasi lelaki menekankan keterpencilan usaha menyelamat ini.”
Keadaan cuaca di kawasan tersebut adalah buruk sepanjang operasi dengan kelajuan angin 25 knot dan ombak setinggi tiga meter.
Key Opus, bersama kelasi di dalamnya, dijangka tiba di pelabuhan seterusnya di Chile pada 4 Mei. – AFP