Pelbagai acara untuk FDB 2019

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 NOV – Kejohanan e-Sukan Brunei Game On bakal dijadualkan berlangsung pada 7 dan 8 Disember depan bersempena dengan Festival Disember Brunei (FDB) 2019.

Dalam sidang media yang berlangsung di VIP Lounge, Bangunan Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Awang Amar Agus Din mewakili pihak penganjur mengongsikan, kejohanan ini bakal diadakan di Peak Performance bermula tengah hari hingga malam.

Kejohanan diadakan bertujuan bagi menghimpunkan para peminat-peminat e-Sukan bagi mempamerkan kemahiran serta bakat mereka sekali gus bersaing secara sihat. Antara permainan yang dipertandingkan bagi Kategori Komputer ialah permainan Fortnite manakala Kategori PS4 iaitu FIFA 20, Tekken 7, Call of Duty: Modern Warfare, Gt Sport. Sementara itu, bagi Kategori Nintendo Switch adalah Super Smash Bros dan Kategori Mobile Gaming iaitu Mobile Lagends Bang Bang. Penyertaan pertandingan dibuka kepada orang ramai.