Tuesday, October 15, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelbagai acara warnai hari terbuka

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    KUALA BELAIT, 25 Sept – Pelbagai acara menarik telah mewarnai suasana Sambutan Hari Terbuka Sekolah St John yang berlangsung di sekolah tersebut di sini.

    Sambutan tersebut yang melibatkan kehadiran kalangan pelajar, guru-guru dan ibu bapa pelajar sekolah tersebut merupakan acara tahunan yang antara lain bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan mempamerkan pencapaian para pelajar terutamanya pelajar tadika.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada sambutan tersebut ialah ahli Lembaga Pengarah Sekolah St John, Alex Song yang menyatakan, dengan adanya acara seperti itu, akan dapat meningkatkan lagi semangat kepada kalangan pelajar.

    Acara luar kelas juga menambah ceriakan lagi suasana Majlis Hari Terbuka Sekolah St John Kuala Belait.

    Dalam ucapannya pada majlis itu, beliau juga melahirkan harapan pelajar-pelajar di sekolah tersebut akan terus mempamerkan pencapaian yang cemerlang dari semasa ke semasa terutamanya melalui keputusan-keputusan peperiksaan awam.

    Selain acara sambutan, para pelajar tadika sekolah tersebut turut diketengahkan dengan membawa mereka melawat ke beberapa buah tempat di Daerah Belait, yang bertujuan bagi memastikan mereka mendapat pengetahuan dan pengalaman tentang pembelajaran di luar sekolah. Hari terbuka sekolah itu juga melibatkan penyertaan kalangan guru-guru dan ibu bapa serta penjaga murid dalam beberapa acara yang telah disediakan yang antara lain untuk memeriahkan lagi suasana sambutan di samping meningkatkan hubungan kerjasama antara semua pihak berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda