KUCHING, 27 Jun – Pelbagai aktiviti menarik sudah diatur bagi memeriahkan Karnival Gawai Tematu dan Pertandingan Ratu Gawai Tematu 2018 yang akan berlangsung pada 29 dan 30 Jun di Kampung Tematu dekat sini.
Pengerusi pengelolanya John Pata James Jumin berkata aktiviti pada hari Jumaat (29 Jun) bermula jam 12 tengah hari hingga 12 malam, manakala pada 30 Jun bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah malam.
Menurut John, aktiviti pada Jumaat ini termasuk pesta jualan makanan dan minuman, jualan hasil pertanian, kraf, pakaian tradisional, pameran oleh pelbagai agensi kerajaan, pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan pergigian. – Bernama