Pelbagai drama bertemakan persahabatan diketengahkan

Jalinan persahabatan tidak hanya tertumpu pada rakan-rakan dan kenalan semata-mata. Sebaliknya, skop persahabatan itu cukup luas, tidak mengenal status dan bersifat sejagat.

Membawakan tema Friendniversary khas untuk anda, raikan hubungan persahabatan pada bulan ini bersama Dimsum Entertainment menerusi pelbagai drama bersiri menarik, yang menampilkan kisah hubungan persahabatan antara kenalan, rakan sekerja, dan rakan baik yang akhirnya bergelar teman istimewa.

Antara drama bersiri yang kini hangat ditayangkan di platform Dimsum Entertainment termasuklah Prophecy of Love (Thailand), Heroic Journey of Ne Zha (China), Bromance (Taiwan) dan Heaven: My Restaurant, My Life (Jepun).

Persahabatan antara kaum keluarga juga merupakan perkara yang selalu terlepas pandang. Menerusi drama One Year, penonton dapat menyaksikan pelbagai karenah yang ditampilkan oleh dua buah keluarga yang terpaksa tinggal di bawah satu bumbung.

Selain itu, bagi penggemar drama-drama dari Taiwan, jangan lepaskan peluang menyaksikan siri lengkap bagi drama-drama seperti Back to 1989, The Womanizer dan Let’s Go Crazy on LIVE!. The Womanizer boleh ditonton menerusi Dimsum Entertainment.

Drama Heroic Journey of Ne Zha merupakan salah satu drama bersiri yang kini hangat ditayangkan di platform Dimsum Entertainment.