Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Pelbagai gajet Apple bernilai $11,000 milik lapan pemenang

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 FEB– Bank Standard Chartered (StanChart) hari ini mengumumkan lapan pemenang gajet-gajet terkini yang bernilai sehingga $11,000 sebagai sebahagian daripada Kempen Digital Acceleration 2021 dalam cabutan bulanannya.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh StanChart di sini, para pelanggan yang memenangi cabutan bertuah bulan pertama daripada hadiah pertama sehingga keempat ialah Prashant Hanamantrao Patil yang memenangi Apple iMac 24’’ Silver, Bernard Anthony Christian memenangi Apple iPhone 13 Pro Max 128gb, Joseph Machado Cabrera mendapat Apple Macbook Air 13’’ 256gb dan Ronald Cheng Kok Khiong menang Apple iPad Pro 11’’ 128gb.

    Empat lagi pemenang lain mengikut turutan kemenangan ialah Hajah Siti Nadzrinah binti Haji Abdul Ahmit yang mendapat Apple iPhone 13 128gb, Awang Adri Yani bin Haji Idris memenangi Apple iPhone 13 mini 128gb, Awang Hady Khairulizzshar bin Kolen memenangi Apple iPad mini 6th gen 256gb dan Awang Abdul Rahman bin Lamat mendapat Apple Watch S7.

    Kempen itu masih lagi berjalan sehingga 28 Februari ini dan bagi penyertaan, pelanggan hanya perlu masuk ke SC Mobile App Brunei atau melakukan transaksi perbankan online sekurang-kurangnya sekali semasa tempoh promosi dan berjaya melakukan satu ciri Help & Service.

    Bagi peluang tambahan memenangi cabutan, pelanggan boleh berkongsi ciri kegemaran mereka bagi aplikasi SC Mobile di Instagram story atau Instagram post dan menghantar kepada SCB.Brunei@sc.com.

    Aplikasi SC Mobile boleh dimuat turun oleh semua pelanggan StanChart daripada Appstore untuk IOS atau dari Google Playstore untuk Android.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...