Friday, August 19, 2022
24.2 C
Brunei

Pelbagai lagi pihak terus hulur sumbangan

-

Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan Kementerian Kesihatan

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OKT – Pelbagai pihak terus tampil ke hadapan untuk menghulurkan bantuan kepada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam khususnya Kementerian Kesihatan dalam sama-sama membendung dan menangani penularan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, menyatakan bahawa kementerian berkenaan telah menerima sumbangan cek bagi Tabung Bantuan COVID-19 2021 dengan sumbangan cek diterima oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin dalam majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan, kelmarin.

Dalam majlis berkenaan, Tabung Bantuan COVID-19 2021 menerima sumbangan cek berjumlah $4,633 daripada Alumni Penuntut-penuntut Kemasukan 1971-1977 Sekolah Menengah Arab, cek berjumlah $2,900 daripada Taratai Mekar Sdn Bhd dan cek berjumlah $3,500 daripada Universiti Teknologi Brunei. Di samping itu, kementerian berkenaan turut menerima beberapa sumbangan daripada lima penyumbang yang terdiri daripada syarikat swasta dan penyumbang persendirian pada 20 hingga 22 Oktober lalu.

Penderma-penderma berkenaan ialah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Dayang Muniha Dina binti Haji Daud) yang menyumbangkan Lux Air Purifier dan termometer inframerah; Restoran Semporna Enak yang menyumbangkan selimut dan cerek elektrik; Rezeki Bahirah menyumbangkan tong sampah dan cerek elektrik; I Love You Enterprise menyumbangkan kit ujian ART COVID-19 serta Sekolah Antarabangsa Jerudong, (Dayang Haanah Hairol) yang menyumbangkan set mewarna dan snek kanak-kanak.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataan itu lagi, menyatakan bahawa orang ramai yang ingin membuat sebarang sumbangan, mereka boleh berhubung terus dengan Pusat Operasi Kecemasan Kementerian Kesihatan (MOHEOC) melalui talian 7295712 pada waktu bekerja sahaja.

Haji Maswadi menerima sumbangan daripada Alumni Penuntut-penuntut Kemasukan 1971-1977 Sekolah Menengah Arab.
Dayang Haanah Hairol bergambar bersama sumbangan set mewarna dan snek kanak-kanak dari Sekolah Antarabangsa Jerudong.
Sumbangan berupa Lux Air Purifier dan termometer inframerah disampaikan oleh wakil Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Dayang Muniha Dina.

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Darurat banjir di wilayah pulau selatan New Zealand

WELLINGTON, 18 OGOS – Wilayah Pantai Barat dan Nelson-Tasman di Pulau Selatan New Zealand dilanda hujan lebat dan banjir. Darurat tempatan masih kekal di kawasan...
- Advertisment -