Pelbagai model Jaguar, Land Rover dipamerkan

Oleh Daniel Lim

BELAIT, 4 MAC – Model-model terkini kereta jenama Jaguar dan Land Rover dipamerkan dalam jerayawara selama tiga hari di Daerah Belait anjuran Indera Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal Jaguar dan Land Rover di negara ini.

Diadakan bermula kelmarin, di kawasan letak kereta Kelab Rekreasi Brunei Shell (BSRC) dengan kerjasama Bank Standard Chartered (SCB), jerayawara berkenaan menampilkan Jaguar XE, Jaguar XF, Jaguar F Pace, Jaguar E Pace, Jaguar XJ, Land Rover Discovery Sport, Land Rover RR Velar, Land Rover RR Sport, Land Rover Discovery dan Land Rover RR
Evoque.

Selain pameran model-model berkenaan, jerayawara berkenaan turut menyediakan sesi uji pandu dan menawarkan kadar faedah istimewa khusus bagi kakitangan BSJV sepanjang acara berkenaan serta tiga bulan faedah percuma bagi pengunjung lain.

Jerayawara turut mengetengahkan pelbagai barangan dagangan dan barang berjenama yang ditawarkan pada kadar diskaun.

Antara model Jaguar yang dipamerkan. – Gambar serahan Indera Motors Sdn Bhd