Pelepah pinang menyerupai wajah manusia jadi perhatian

KUALA LUMPUR, 2006 – Sebatang pokok pinang yang bahagian pelepahnya membentuk wajah menyerupai manusia sedang marah, menarik minat beribu-ribu warga Malaysia yang ingin tahu, menurut satu laporan.

Penduduk kampung menggelar pokok itu “pokok hantu” dengan sebahagian mendakwa wajah yang mempunyai kening lebat dan hidung itu bertukar setiap hari, lapor akhbar New Straits Times.

Seorang penduduk kampung, Zainol Nayan berkata bentuk melengkung itu mula terbentuk di atas pokok itu di utara negeri Pulau Pinang sebulan lalu, tetapi ia hanya menjadi jelas pada Jumaat.

“Sejak itu, penduduk kampung berhimpun di sekeliling pokok itu untuk melihat dari dekat dan berita itu merebak seperti kebakaran hutan, yang menarik perhatian penduduk luar,” beliau yang dipetik sebagai berkata oleh akhbar itu.

“Saya ingin tahu dan terkejut mendapati bentuk lengkungan itu seperti wajah manusia,” kata seorang suri rumah Noraziah Zakaria yang berkejar ke situ untuk melihat pokok berkenaan.

Seorang pegawai di Kepala Batas berhampiran kampung itu berkata beliau belum pernah melihat pokok itu tetapi khabar angin menyatakan mengenainya.

“Mereka berkata ia menyerupai wajah manusia,” beliau memberitahu media.

Pemilik pokok itu, Miah Majid, berkata beliau mendapat tahu mengenai bentukmwajah itu seminggu lalu, dan pokok berusia 10 tahun itu sebelum ini menghasilkan bentuk mata.

“Pelepah itu mungkin akan bertahan dua minggu lagi. Selepas itu ia akan kembali sedia kala.

Setakat ini, tidak seorang pun meminta untuk menyimpan pelepahnya,” menurutnya dipetik sebagai berkata oleh akhbar the Star.