NEW ORLEANS, 28 Dis – Ia memerlukan 20 perlawanan Rondo dengan mengenakan jersi Pelicans untuk menulis semula rekod-rekod francais itu.
Ketika Rondo mendapatkan lebih banyak keyakinan bersama pasukan barunya dan barisan yang luar biasa dibarisi dua pemain bintang All-Star yang dinamik dan keupayaan untuk mengenal pasti kesesuaian dan meletakkan penjaring-penjaring berbakat dalam kedudukan yang menguntungkan yang diperlukan New Orleans.
Rondo menetapkan rekod francais dengan 25 asis tertinggi dalam tempoh 30 minit di atas gelanggang, Anthony Davis mencatatkan 33 mata, 11 rebounds dan enam halangan, dan pasukan Pelicans menewaskan Brooklyn Nets 128-113 malam semalam.
“Perkara utama adalah kami mencatatkan kemenangan. Dan kemudian saya, secara peribadi, suka dengan hantaran bola,” kata Rondo. “Saya gembira beraksi dengan ramai pemain yang hebat, dan apa yang membanggakan saya dalam memastikan tugasan pemain lebih mudah.”
DeMarcus Cousins mencatatkan 27 mata dan 14 rebounds , dan Jrue Holiday menjaringkan 23 mata bagi pasukan Pelicans, yang mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut yang semuanya dengan 14 mata atau lebih.
Rondo dengan pantas menunjukkan ke semua pasukannya menggerakkan bola dengan baik dan melakukan jaringan dengan tepat. Pasukan Pelicans mencatatkan 40 asis dengan 48 jaringan secara total.
Pada masa ini berada di luar persaingan play-off Western Conference, pasukan Pelicans memasuki tiga perlawanan mereka sekarang memburu untuk mencatatkan kemenangan menentang pasukan yang bergelut. Mereka bermula dengan kukuh menentang Brooklyn, mendahului dengan 16 mata pada suku pertama, 23 pada suku kedua dan 33 pada suku ketiga.
“Kami tidak memiliki mentaliti defensif dan disiplin untuk berhenti. Mereka memiliki serangan yang kuat,” kata jurulatih Nets, Kenny Atkinson. “Kami seharusnya bangkit, menunjukkan persefahaman mengenai kedudukan. Yang pastinya, mereka merupakan pasukan yang besar, tetapi anda boleh menidakkannya dengan aktiviti anda. Anda boleh menidakkannya dengan menghalang hantaran, dengan mendapatkan pemesongan.”
Jurulatih Pelicans, Alvin Gentry mengeluarkan pemain utama pada suku ketiga, kemudian menurunkannya kembali berikutan jaringan 17-0 Nets yang mengurangkan pendahuluan New Orleans kepada 91-75 ketika menuju suku keempat. – AP