Tuesday, September 26, 2023
25.6 C
Brunei

    -

    Pelicans tewaskan Grizzlies

    WASHINGTON, 16 NOV – CJ McCollum menyumbangkan mata terbanyak musim ini dengan 30 mata manakala pemain simpanan, Larry Nance Jr dan Jose Alvarado menjadi tunjang utama permainan yang membawa kemenangan 113-102 New Orleans ke atas Memphis kelmarin.

    McCollum membuat membuat 11 percubaan semasa permainan, tujuh kali mendapatkan tiga mata dan sembilan assist.

    “Saya cuba untuk bermain secara agresif, mengambil kesempatan dalam setiap peluang. Saya menghabiskan banyak masa di gym dan memperbaiki disiplin jaringan saya dan pada malam ini saya mendapat hasilnya,” katanya.

    Ja Morant menyumbang mata terbanyak untuk Memphis dengan 36 mata sekali gus membawa pasukannya mendahului permainan. Tetapi apabila dia direhatkan, the Pelicans bangkit dan merampas kedudukan pendahulu permainan.

    Peluang tersebut dimanfaatkan sepenuhnya oleh the Pelicans dengan Alvarado menambah lima mata, serta Nance dan McCollum masing-masing menyumbang empat mata. Nance menyumbang 19 mata secara keseluruhan, dengan tujuh rebound dan dua block.

    Sementara Alvarado menyumbang 12 mata dan enam assist.

    “Jurulatih menekankan strategi hantaran awal, pastikan rakan sepasukan bersedia untuk membuat jaringan. Kami banyak berlatih dan membuat jaringan tiga mata. Malam ini, kami betul-betul melakukannya. Syabas kepada semua yang telah membuat hantaran yang betul dan bermain dengan baik,” katanya. – AFP

    Aksi CJ McCollum (kanan) semasa perlawanan bola keranjang antara New Orleans Pelicans dan Memphis Grizzlies di New Orleans, Louisiana. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun lulus ubat Alzheimer oleh Eisai & Biogen

    TOKYO, 26 SEPT - Kementerian kesihatan Jepun pada kelmarin meluluskan pengeluaran dan penjualan ubat untuk penyakit Alzheimer yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal Jepun Eisai...