Tuesday, April 29, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelihara kesucian masjid sebagai tempat beribadah

    Oleh Salawati Haji Yahya

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Mac – Keselesaan dan kebersihan sesebuah masjid memainkan peranan penting bagi mencapai matlamat ibadah yang sempurna, lebih-lebih lagi fungsi utamanya adalah sebagai tempat beribadah.

    Selain dipanggil Baitullah atau rumah Allah, masjid juga mempunyai fungsi yang sangat besar untuk dimanfaatkan, di mana ia juga dijadikan sebagai pusat aktiviti masyarakat.

    Sehubungan itu, ahli Jawatankuasa Takmir Majlis Takmir Masjid Kampung Tanah Jambu telah mengadakan kempen kebersihan dan gotong-royong membersihkan kawasan sekitar masjid berkenaan, hari ini.

    Antara yang menyertai kempen tersebut ialah Pemangku Penolong Pengarah Hal Ehwal Masjid, Haji Amir Hisham bin Haji Masri dan Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Mohammad bin Haji Daud.

    Juga turut serta dalam aktiviti tersebut ialah penduduk kampung berkenaan dan sekitarnya.

    Haji Amir Hisham (tengah) ketika melakukan kerja bergotong-royong bersama penduduk kampung tersebut.
    Haji Amir Hisham (tengah) ketika melakukan kerja bergotong-royong bersama penduduk kampung tersebut.

    Kerja-kerja bergotong-royong dan kempen kebersihan itu merangkumi dewan sembahyang, bilik-bilik, dewan makan dan juga memotong pohon-pohon kayu yang membahayakan di kawasan masjid berkenaan.

    Kempen tersebut merupakan salah satu aktiviti sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-33 tahun Negara Brunei Darussalam, sekali gus dapat menjalinkan hubungan silaturahim sesama mereka.

    Ia juga diadakan adalah sebagai keprihatinan masyarakat terhadap kebersihan masjid, di mana ia bukan sahaja menjadi tanggungjawab pihak masjid, tetapi merupakan tanggungjawab semua pihak agar kesuciannya sentiasa terpelihara sama ada di dalam atau di sekitar masjid.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda