Pelik tapi benar: satu keajaiban

Oleh Adiiwira

Dalam kehidupan di dunia ini, tidak semua orang menjalani kehidupan yang normal. Di mana, terdapat sesuatu perkara aneh atau pelik daripada kebiasaan yang dilakukan oleh manusia atau binatang.

Tidak kira sesuatu yang pelik itu berkaitan dengan apa yang dilakukan sehari-hari atau sebagai hobi. Namun, kita yang mendengarnya akan merasakan perkara-perkara pelik ini satu penipuan dan agak sukar bagi kita untuk mempercayainya. Dalam ruangan ini, penulis mengongsikan beberapa peristiwa pelik tapi benar.

1 – Ular sebagai teman

Setakat ini apakah binatang peliharaan para pembaca? Ikan? Kucing? Bagi penulis, binatang yang pernah dijadikan peliharaan, kucing, ikan dan monyet. Namun berbeza pula dengan seorang remaja yang berasal dari Indonesia yang mempunyai hobi yang pelik menjadikan ular sawa sebagai binatang peliharaannya sejak berusia empat tahun. Apa yang mengejutkan lagi, beliau seorang wanita yang biasa kita dengar kaum yang geli dan takut kepada ular.

Remaja yang dikenali sebagai Chalwa Ismah Kamal ini menjadi perhatian selepas beliau memuat naik video rutin hariannya bermain, mandi dan berpelukan bersama ular peliharaannya yang tular di media sosial. Chalwa dikatakan memelihara enam ekor ular sawa bersaiz besar di rumahnya di Purworejo, Jawa Tengah sejak usianya empat tahun dan tidak timbul langsung rasa takut apabila dikelilingi haiwan itu. Adakah pembaca sanggup menjadikan ular sebagai peliharaan?

2 – Misteri kehilangan selipar dan kasut

Di sebuah kejiranan di ibu kota Jerman, Berlin, berlakunya satu peristiwa misteri, di mana penduduk di kawasan kejiranan tersebut sering mengalami kehilangan kasut dan selipar milik mereka.

Chalwa dikatakan memelihara enam ekor ular sawa bersaiz besar di rumahnya di Purworejo, Jawa Tengah sejak usianya empat tahun. – Agensi
Seekor musang menggigit selipar berwarna biru yang dibawa ke suatu tempat yang turut ditemukan pelbagai kasut dan selipar berwarna-warni. – Agensi
Pengasas kereta Ferrari, Enzo Ferrari memiliki wajah yang serupa dengan pemain bolak sepak dari Jerman iaitu Mesut Ozil. – Bernama
Penampakan sesosok aneh bersayap dan terbang yang dikatakan mirip seperti drakula.
– Agensi

Menurut kisah yang dikongsikan, seorang penduduk tempatan, Christian Meyer mecari dalang yang mencuri kasut sukan miliknya. Meyer berkata dia memuat naik kisah kehilangan kasutnya di platform perkongsian komuniti Jerman di Nebenan.de.

Apa yang mengejutkan, Meyer menyedari bukan hanya dirinya mengalami masalah berkenaan kerana terdapat puluhan penduduk yang mengalami masalah kecurian di kawasan sama.

Justeru, akibat merasa pelik dengan kejadian itu, Meyer cuba melakukan siasatan dan dia mendapati seekor musang menggigit selipar berwarna biru yang dibawa ke suatu tempat yang turut ditemukan pelbagai kasut dan selipar berwarna-warni.

3 – Penampakan drakula di Chile

Anda pasti pernah mendengar makhluk bernama drakula, yang sering digambarkan dalam filem atau buku sebagai makhluk halus bertubuh manusia memiliki taring yang digunakan untuk menghisap darah manusia ditengkuknya.

Jika difikirkan, kewujudannya hanya satu khayalan dan tidak benar. Namun, peristiwa yang berlaku di Bustamante Park di Santiago, Chile pada tahun 2013 dapat mengubah pandangan para pembaca. Di mana dikhabarkan seorang pemuda menyaksikan penampakan sesosok aneh bersayap dan terbang di antara dua pohon di taman berkenaan.

Lalu remaja berkenaan menggambar sosok tersebut yang dikatakan mirip kelawar, berparuh dengan gigi yang tajam, memiliki cakar serta ekor yang panjang dan berketinggian lebih sekitar dua meter. Dikhuatiri apa yang dilihat oleh pemuda tersebut hanyalah khayalan sehingga menjadikan peristiwa itu masih menjadi misteri.

Namun, tidak lama peristiwa yang disaksikan oleh pemuda itu, terdapat satu laporan yang sama mendakwa melihat penampakan yang serupa. Adakah benar sosok tersebut benar-benar drakula?

4 – Pisang berbuah dua kali

Pernah kah para pembaca mengalami kejadian yang berlaku berulang kali? Mungkin sesetengah orang pernah mengalami kejadian berulang dan ada yang merasakan ia hanya sebagai satu dejavu iaitu perasaan seseorang yang pernah mengalami sesuatu.

Namun, kejadian yang berlaku tidak semestinya membawa kepada konotasi positif kerana terdapat kejadian buruk yang sesiapa sahaja pasti mengelaknya dari terjadi berulang kali.

Seperti mana satu peristiwa buruk yang dialami oleh dua beradik. Peristiwa ini dikatakan kedua-dua beradik mengalami kemalangan yang membawa maut dalam keadaan, sebab dan umur yang sama pada dua waktu yang berbeza.

Peristiwa pertama berlaku pada bulan Julai 1975, Erskine Lawrence Ebbin, seorang penduduk di Kepulauan Bermuda yang meninggal dunia akibat terlibat dalam kemalangan ketika berusia 17 tahun. Erskine yang ketika itu menunggang motosikal telah dilanggar oleh sebuah teksi.

Apa yang pelik di sini adalah hampir setahun sebelum itu, pada bulan yang sama, abang kepada Erskine yang ketika itu juga berusia 17 tahun juga terbunuh dalam satu kemalangan.

Beliau ketika itu menunggang motosikal yang sama dan beliau juga dilanggar oleh sebuah teksi. Sesuatu yang mengejutkan, pemandu teksi yang melanggar itu adalah individu yang sama dan membawa penumpang yang sama.

5 – Pelanduk dua serupa atau kelahiran semula?

Di dalam dunia, terdapat satu kenyataan mengatakan manusia memiliki tujuh orang yang mempunyai wajah yang sama atau hampir sama dan bukan disebabkan kembar dari ibu bapa yang sama. Namun, kenyataan ini belum dapat dikatakan benar kerana berkemungkinan hanya secara tidak sengaja.

Namun, peristiwa ini terjadi dan agak pelik sedikit. Di mana, pengasas kereta Ferrari, Enzo Ferrari memiliki wajah yang serupa dengan pemain bolak sepak dari Jerman iaitu Mesut Ozil.

Apa yang pelik di sini adalah Enzo meninggal dunia pada tahun 1988 dan kira-kira sebulan selepas kematiannya Mesut Ozil dilahirkan. Seperti satu kejadian kelahiran semula, namun itu hanya satu andaian, kita sebagai orang Islam tidak patut mempercayai perkara-perkara begini kerana setiap umat manusia pasti akan menghadapi kematian dan akan dibangkitkan semula di akhirat selepas berlakunya kiamat dan berkemungkinan berlaku secara kebetulan sahaja.