Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Pelitup muka dalam pengangkutan awam tidak lagi diwajibkan

    MADRID, 27 JAN – Sepanyol tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka ketika berada di dalam pengangkutan awam bermula 8 Februari, kata Menteri Kesihatan negara itu Carolina Darias kelmarin.

    Ia adalah langkah terbaharu untuk kembali kepada kehidupan normal selepas dilanda pandemik COVID.

    Bagaimanapun, penggunaan pelitup muka di hospital, pusat kesihatan dan farmasi masih diwajibkan, lapor Xinhua. Pemakaian pelitup muka di kebanyakan tempat tidak lagi diwajibkan sejak 20 April 2022.

    Menurut data yang diterbitkan Kementerian Kesihatan Sepanyol pada 20 Jan lalu, indeks 14 hari wabak COVID-19 ialah 97.60 kes bagi setiap 100,000 orang penduduk, menyaksikan trend penurunan kadar jangkitan di negara itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...