Oleh Nurdiyanah R.
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – Dalam negara meniti pengurangan prosedur operasi standard (SOP), orang ramai masih ditekankan untuk sentiasa menggunakan pelitup muka dalam mana-mana acara indoor mahu pun outdoor tertakluk kepada keramaian tertentu sebagai langkah berwaspada.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah terus mengingatkan masyarakat di negara ini untuk sentiasa memainkan tanggungjawab mereka meskipun kini banyak kelonggaran SOP dilaksanakan, semasa sidang media di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.
Tekannya lagi, hal berkenaan memerlukan kesedaran bersama ketika berada dalam suasana keramaian sebaik-baiknya pakailah pelitup muka.