Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Pellistri inspirasi Uruguay, benam Venezuela

    MONTEVIDEO, 2 FEB – Pemain sayap muda, Facundo Pellistri mencuri perhatian ramai hanya pada penampilan keduanya untuk Uruguay ketika bekas juara Piala Dunia dua kali itu meningkatkan harapan mereka untuk ke Qatar 2022 dengan kemenangan 4-1 ke atas Venezuela kelmarin.

    Chile juga berjaya mengembalikan harapan mereka apabila Alexis Sanchez menjaringkan dua gol dalam kemenangan 3-2 ke atas Bolivia dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia Amerika Selatan.

    Ecuador semakin hampir ke kelayakan dengan keputusan seri 1-1 di Peru, yang jatuh ke tempat perlawanan playoff antara benua.

    Harapan Colombia musnah selepas gagal menjaringkan gol untuk perlawanan ketujuh berturut-turut dalam kekalahan 1-0 di Argentina.

    Gol daripada Rodrigo Betancur, Giorgian de Arrascaeta, Edison Cavani dan penalti Luis Suarez menyaksikan Uruguay meraih kemenangan kedua berturut-turut di bawah pengurusan jurulatih baharu, Diego Alonso yang melonjakkan mereka ke peringkat akhir bagi empat tempat kelayakan automatik dalam kumpulan tunggal Amerika Selatan di mana Brazil dan Argentina telah pun menempah tiket mereka ke Qatar.

    Tetapi pemain muda Manchester United, Pellistri, yang telah menghabiskan tahun lalu sebagai pinjaman di Alaves, Sepanyol merupakan pemain paling bersinar.

    Larian hebatnya mencipta gol kedua dan muslihatnya memberikan Uruguay sepakan penalti yang disempurnakan oleh Suarez.

    “Dia mempunyai apa yang diperlukan untuk membantu kami, bertindak apabila satu lawan satu, kelicikan untuk mengeksploitasi posisi pertahanan,” kata Alonso. – AFP

    Reaksi Luis Suarez meraikan bersama rakan sepasukan setelah menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Venezuela. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...