Pelombong jutawan temui batu permata ketiga

NAIROBI, KENYA, 5 OGOS – Seorang pelombong kecil di Tanzania yang menjadi jutawan ketika dia menggali dua batu permata tanzanite terbesar yang pernah ditemui lebih dari sebulan yang lalu, telah menjadi kaya sekali lagi, setelah menggali batu ketiga seberat enam kilogram (13 paun) dengan anggaran bernilai AS$2 juta.

Ketiga-tiga batu itu ditemui oleh Saninu Laizer.

Dua batu pertama mempunyai nilai anggaran AS$3.4 juta.

Tanzanite, permata bewarna ungu-biru tua, hanya terdapat di negara Afrika Timur dan dianggap sebagai salah satu batu permata paling jarang di bumi.

Laizer mengangkat batu permata besar itu di kepalanya sebelum menyerahkannya kepada pegawai kerajaan Tanzania yang memberinya cek untuk membelinya.

“Saya meminta sesama pelombong, agar kita bersikap patriotik dengan mematuhi peraturan dan undang-undang serta berkomitmen untuk bekerja keras agar kita sejahtera,” kata Laizer, di Swahili, merujuk pada peraturan bahawa batu tanzanite harus dijual terus kepada kerajaan dan bukannya kepada peniaga haram.

“Kami warga Tanzania telah memutuskan bahawa batu permata harus memberi manfaat kepada negara kita,” kata Menteri Pertambangan Dotto Biteko. – AFP

Saninu Laizer, seorang pelombong kecil memegang batu permata tanzanite seberat enam kilogram yang digali di Mererani, Tanzania. Saninu Laizer telah menjadi jutawan semalam setelah lebih sebulan lalu dia menemukan dua batu permata tanzanite terbesar yang pernah ditemui bernilai anggaran AS$2 juta. – AP