Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Pelombong makan serbuk kopi untuk terus hidup

    SEOUL, KOREA SELATAN, 6 NOV – Dua pelombong Korea Selatan yang diselamatkan selepas terperangkap di bawah tanah selama sembilan hari berkata mereka meneruskan hidup dengan memakan serbuk kopi segera dan air yang menitis dari atas siling ruangan yang tersekat.

    Dua lelaki terbabit berumur 62 dan 56, ditarik keluar dengan selamat pada Sabtu daripada ruangan menegak di lombong zink, tenggara Bonghwa. Mereka telah terperangkap selepas berlaku tanah runtuh yang menghalang laluan masuk ruang menegak tersebut yang berukuran 190 meter ke dalam tanah pada 26 Oktober.

    Bang Jong-hyo, doktor yang merawat pelombong tersebut di sebuah hospital tempatan berkata, kedua-dua lelaki terbabit berada dalam keadaan yang agak baik walaupun pada mulanya mereka dikatakan mengalami hipotermia dan sengal otot. Dia berkata pelombong tersebut dijangka akan keluar dari hospital dalam beberapa hari lagi.

    Bang berkata pelombong tersebut memberitahu dia bahawa mereka berkongsi 30 paket kopi segera semasa terperangkap di bawah tanah.

    Mereka juga minum air yang menitis dari atas siling dan membuat api untuk terus hidup, kata pasukan penyelamat tempatan.

    “Saya ingin beritahu banyak perkara kepada ayah saya, jadi saya telah menulisnya dalam buku nota sepanjang 10 hari lalu,” kata Park Geun-hyung, anak kepada salah seorang pelombong yang diselamatkan, Park Jeong-ha.

    “Sekarang saya nak luangkan masa bersama ayah saya dan beritahu dia apa yang saya ingin katakan dan dengar apa yang dia akan katakan.”

    Presiden Yoon Suk Yeol menggelar usaha menyelamat ini sebagai satu ‘keajaiban’ dan ‘menyentuh perasaan’. – AP

    Seorang pelombong yang diselamatkan dari runtuhan lombong dibawa ke hospital di Bonghwa, Korea Selatan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...