Monday, October 7, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelonggaran peraturan demi hormati prinsip individu

    NEW YORK – Jabatan Polis cuba untuk melonggarkan beberapa peraturan yang harus dipatuhi oleh anggotanya bagi mengelakkan krisis tatkala menyedari bahawa rata-rata anggotanya adalah terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan pegangan agama.

    Sebelum ini, terdapat beberapa orang pegawai polis yang meminta kebenaran untuk memiliki tatu, menyimpan janggut, berhijab atau memakai serban.

    “Serban adalah merupakan sebahagian daripada kehidupan saya,” jelas Mandeep Singh yang merupakan antara 160 anggota polis berbangsa Sikh yang bertugas di Jabatan Polis Bandaraya New York (NYPD) yang mula diberikan kebenaran untuk memakai serban berwarna biru gelap bagi menggantikan topi polis standard sejak bulan lalu.

    “Perkara ini jelas dapat membuka lebih banyak peluang kepada kaum Sikh di New York untuk menyimpan cita-cita menjadi pegawai polis sebagaimana yang mereka harapkan,” tambah Singh.

    Di samping itu, kelonggaran terhadap undang-undang ini juga sebagai satu langkah yang baik selepas anggota pegawai polis beragama Islam pertama diberikan kebenaran untuk memakai hijab oleh pasukan polis di Minesota.

    Mandeep Singh, salah seorang anggota polis berasa lebih bersemangat untuk bekerja ketika diberi kebenaran untuk memakai serban berwarna biru gelap sewaktu bertugas. - AP
    Mandeep Singh, salah seorang anggota polis berasa lebih bersemangat untuk bekerja ketika diberi kebenaran untuk memakai serban berwarna biru gelap sewaktu bertugas. – AP
    Masood Syed menjelaskan bahawa pelonggaran peraturan juga dapat mengelakkan krisis di kalangan masyarakat. - AP
    Masood Syed menjelaskan bahawa pelonggaran peraturan juga dapat mengelakkan krisis di kalangan masyarakat. – AP

    Pegawai NYPD beragama Islam, Masood Syed pula menyimpan janggut dengan alasan mengikut sunnah Nabi pernah digantung daripada perkhidmatan dan mengarahkan beliau untuk memangkas janggut tersebut.

    Namun, Jabatan Polis pula mula melonggarkan peraturan tersebut dengan memberikan kebenaran kepada beliau untuk menyimpan janggut namun hanya pada tahap kepanjangan yang tertentu,

    “Kita telah melangkah ke tahun 2017 dan sudah tiba masanya Jabatan Polis menghormati setiap amalan dan budaya yang diamalkan oleh setiap komuniti demi mewujudkan integriti sesama anggota,” jelas Syed.

    Jabatan Polis mula merasakan sudah tiba masanya untuk mengubah trend fesyen pemakaian anggota polis di Amerika Syarikat bagi membuka lebih peluang sekaligus menarik lebih ramai permohonan rekrut daripada masyarakat yang pelbagai bangsa.

    New Orleans, Portland, Oregon, Austin, Texas dan Pinellas Park, Florida merupakan antara beberapa Jabatan Polis yang mula menerima sebarang permohonan rekrut sekiranya pemohon tersebut memiliki tatu di bahagian lengan.

    “Amalan moden wajar tidak dikaitkan dengan peraturan pakaian, apa yang perlu dititik beratkan oleh Jabatan Polis adalah bagaimana seseorang pegawai itu melaksanakan tugasnya dengan baik,” jelas Will AItchison, seorang peguam yang mewakili kesatuan polis semasa pertikaian mengenai isu yang berkaitan dengan buruh.

    D_02022017

    Pegawai polis wanita Islam pertama, Kadra Mohamed yang diberikan kelonggaran pada tahun 2014 untuk memakai hijab ketika menjalankan tugas di Jabatan Polis, Minnesota. -AP
    Pegawai polis wanita Islam pertama, Kadra Mohamed yang diberikan kelonggaran pada tahun 2014 untuk memakai hijab ketika menjalankan tugas di Jabatan Polis, Minnesota. -AP

    Di Kansas, polis negeri telah melakukan kaji selidik awam bagi mengetahui sama ada peraturan untuk membenarkan pasukan polis memiliki tatu yang kelihatan wajar direalisasikan atau tidak bagi menarik lebih ramai pemohon rekrut untuk mengisi jawatan tersebut.

    Pada dasarnya, hampir 20,000 responden itu adalah terdiri daripada kalangan individu yang memiliki tatu dan 69 peratus daripada mereka menjelaskan bahawa Jabatan Polis tidak wajar untuk mengenakan peraturan larangan bagi anggotanya untuk memiliki tatu yang kelihatan.

    Kami sangat terkejut terhadap kerjasama yang diberikan oleh responden dan mereka langsung kelihatan tidak terganggu terhadap kaji selidik yang dijalankan,” jelas Leftenan Adam Winters.

    Namun, Jabatan Polis tetap menegaskan larangan daripada para anggotanya untuk memiliki tatu yang kelihatan berikutan daripada timbul kerisauan bahawa terdapatnya potensi untuk kemungkinan adanya di antara tatu yang dilukis memiliki corak yang kurang menyenangkan dan boleh menimbulkan provokasi.

    Di Philadelphia, Jabatan Polis tetap memperketatkan peraturan yang melarang anggotanya daripada memiliki tatu setelah tersebarnya sekeping gambar secara online yang menampilkan gambar seorang anggota polis yang memiliki tatu pada simbol Nazi di bahagian lengannya dan ia lebih berunsur sindiran.

    Manakala di Chicago pula, seorang hakim persekutuan pula menolak tuntutan mahkamah yang difailkan oleh pegawai polis apabila mencadangkan cadangan pemakaian seragam berlengan panjang bagi menutup bahagian lengan yang memiliki tatu. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda