Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Pelonggaran sekatan mampu tingkat penjualan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 SEPT – Sub-indeks utama dalam Indeks Sentimen Perniagaan (BSI) iaitu Keadaan Perniagaan menguncup kepada 49.8, penguncupan pertama bagi sub-indeks tersebut sejak bulan September 2021.

    Ini berikutan penurunan tahap keyakinan sektor swasta terhadap keadaan perniagaan mereka kerana menjangkakan tahap penjualan dan aktiviti perniagaan mereka akan berkurangan.

    Menurut kenyataan dikeluarkan Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) hari ini, indeks itu merupakan sebahagian daripada sembilan sub-indeks BSI bagi bulan Ogos 2022 yang diterbitkannya.

    BDCB mengongsikan antara faktor penguncupan termasuklah kelembapan perniagaan secara am, peningkatan harga bahan mentah, dan pembukaan semula sempadan darat bermula 1 Ogos 2022.

    Walau bagaimanapun, terdapat beberapa sektor perniagaan menyatakan bahawa kelonggaran sekatan selanjutnya akan membawa manfaat dari segi peningkatan penjualan dan jumlah projek.

    Secara amnya, perniagaan berpandangan optimistik terhadap prestasi perniagaan mereka pada bulan September 2022 seperti yang ditunjukkan oleh indeks bagi Keadaan Perniagaan Satu Bulan ke Hadapan pada tahap 50.4.

    Ini didorong oleh jangkaan peningkatan tahap pembuatan dan penjualan dan juga aktiviti perniagaan, mengambil kira acara-acara dan cuti penggal persekolahan yang akan datang.

    Sub-indeks Pelaburan adalah 50 bagi bulan Ogos 2022, 50.1 untuk satu bulan ke hadapan, dan 50.7 bagi tiga bulan ke hadapan, menunjukkan bahawa secara amnya, para peniaga menjangkakan tiada perubahan kepada tahap perbelanjaan pelaburan mereka pada bulan Ogos 2022 berbanding bulan sebelumnya.

    Sub-indeks Pengambilan Pekerja adalah 50.1 bagi bulan Ogos 2022, dan 50.1 bagi satu bulan ke hadapan, menunjukkan bahawa secara amnya, para peniaga berhasrat untuk mengambil pekerja baharu pada bulan Ogos 2022 di atas jangkaan bahawa jumlah projek dan aktiviti perniagaan akan meningkat pada bulan hadapan, dan juga untuk menggantikan pekerja yang telah berhenti.

    Sub-indeks Kos adalah 50 bagi bulan Ogos 2022, dan 50.3 bagi satu bulan ke hadapan, menunjukkan bahawa secara amnya, kos perniagaan pada bulan Ogos 2022 akan kekal pada tahap yang lebih kurang sama dengan bulan yang sebelumnya.

    Dari segi sektor ekonomi, lima daripada 11 sektor mencatatkan sentimen optimistik pada bulan Ogos lalu iaitu sektor kewangan dan insurans, hotel dan restoran.

    Sebaliknya, empat sektor iaitu minyak dan gas dan yang berkaitan; pembinaan; perdagangan borong dan perkhidmatan lain runcit menunjukkan sentimen perniagaan yang pesimistik bagi bulan Ogos 2022 kerana jangkaan penurunan jumlah projek, tahap penjualan dan keuntungan.

    Hanya perniagaan bersaiz mikro berpandangan optimistik pada Ogos lalu manakala perniagaan kecil sederhana dan besar pula melaporkan sentimen perniagaan hampir sama sebulan sebelumnya.

    BSI mengukur tahap sentimen atau keyakinan perniagaan di Brunei dengan nilai BSI atas 50 adalah keadaan lebih baik atau optimistik, nilai 50 adalah lebih kurang sama dengan bulan sebelumnya dan bawah 50 pula keadaan yang merosot atau sentimen lebih pesimistik berbanding dengan bulan sebelumnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...