Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pelopor fesyen Itali meninggal dunia

    ROM, 16 JAN – Pelopor pereka fesyen Itali, Nino Cerruti, yang memperkenalkan ‘kasual bergaya’ ke dalam fesyen lelaki dan pada zaman kegemilangannya mereka fesyen pakaian bintang Hollywood, telah meninggal dunia pada usia 91 tahun.

    Beliau meninggal dunia di hospital Vercelli di wilayah barat laut Piedmont, tempat dia dimasukkan untuk pembedahan pinggul, lapor akhbar harian Itali, Corriere della Sera di laman sesawangnya.

    “Seorang pereka fesyen terkenal di kalangan usahawan Itali telah meninggalkan kami,” kata Gilberto Pichetto, timbalan menteri pembangunan ekonomi.

    Cerruti, yang mencipta jaket dekonstruksi pertama pada 1970an, merupakan salah seorang tokoh terkemuka dalam fesyen sedia untuk dipakai lelaki pada abad ke-20, dengan rupa yang bergaya dan santai.

    “Saya mahu lelaki lebih bebas dalam keanggunan mereka, lebih elegan dalam kebebasan mereka,” menurutnya.

    Tinggi dan langsing, Cerruti sentiasa bertekad untuk menjadi orang yang pertama mencuba ciptaannya, kebanyakannya disimpannya di kilang bulu yang diasaskan oleh datuknya di bandar utara Biella pada tahun 1881.

    “Saya sentiasa memakaikan pakaian kepada orang yang sama – saya sendiri,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...