Peluang Asher-Smith mungkin terjejas

LONDON, 26 APRIL – Peluang kemenangan bagi Dina Asher-Smith untuk Sukan Olimpik mungkin akan terjejas disebabkan oleh penundaan Sukan itu selama setahun, menurut Iwan Thomas.

Pemegang juara dunia 200 meter, Asher-Smith merupakan salah seorang prospek terbaik untuk memenangi pingat emas di Jepun tahun ini.

Tetapi Sukan Olimpik Tokyo 2020 telah ditunda sehingga bulan Julai tahun hadapan kerana penularan koronavirus dan pemegang rekod 400 meter Britain, Thomas, percaya persiapan 12 bulan tambahan boleh menjadi penghalang bagi Asher-Smith.

“Bagi sesetengah orang, ia adalah perkara yang baik,” kata Thomas, ahli pasukan lelaki Britain yang memenangi pingat perak 4×400 pada Olimpik Atlanta 1996.

“Saya memahami perasaan Dina Asher-Smith yang berada di tahap tertinggi dari segi mentaliti dan fizikal.

“Dia mungkin akan perbaiki prestasi tetapi menjadi juara dunia sekarang, anda menjadi tumpuan dan orang berasa gentar dengannya.

“Perasaan gentar mungkin akan hilang tetapi dalam tempoh satu tahun anda boleh katakan dia berada di puncak, sungguh sayang ia perlu ditundakan.

“Tetapi bagi yang lain ia adalah satu peluang untuk mengadakan satu lagi latihan pada musim sejuk. – AFP

Iwan Thomas merasakan peluang kemenangan bagi Dina Asher-Smith untuk Sukan Olimpik mungkin akan terjejas disebabkan penundaan Sukan Olimpik. – AFP