BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Feb – Bagi persediaan menghadapi penyertaan kejohanan-kejohanan lumba perahu di peringkat serantau dan antarabangsa untuk tahun 2018 dan 2019, Persatuan Lumba Perahu Kebangsaan Brunei Darussalam (PERKEBAR) hari ini mengumumkan akan mengadakan Ujian Pemilihan Pekayuh-pekayuh Kebangsaan 2018.
Ujian tersebut akan diadakan pada 11 Mac depan, bertempat di Kompleks Sukan Berakas bermula jam 8:00 pagi hingga selesai acara.
Oleh yang demikian, orang ramai dan peminat-peminat sukan lumba perahu dialu-alukan untuk hadir ke tempat yang ditetapkan bagi mendengar taklimat mengenai peraturan, syarat-syarat pemilihan dan seterusnya menjalani ujian pemilihan dengan memakai pakaian sukan yang sesuai. (klik di sini untuk cerita lanjut)