Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Peluang bawa pulang Lexus RX

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 NOV – Orang ramai berpeluang membawa pulang hadiah menarik seperti sebuah kereta Lexus RX dalam acara Kejohanan Golf Trofi NBT 2022 yang bakal diadakan di The Empire Brunei pada 10 hingga 13 November ini.

    Kejohanan yang pertama kali diadakan hasil anjuran bersama Persatuan Golf Brunei Darussalam (BDGA) dan NBT Brunei Sdn Bhd akan menampilkan empat kategori iaitu Jemputan Profesional, Terbuka Senior, Terbuka Lelaki, dan Terbuka Wanita dengan berformatkan 18 stroke play.

    Acara kali ini bertujuan untuk mengumpulkan komuniti golf Brunei Darussalam serta menggalakkan penyertaan ahli baharu dan sedia ada dengan menyertai aktiviti hujung minggu yang menyeronokkan.

    Setakat ini, seramai 295 orang pemain golf sudah mendaftarkan diri untuk acara empat hari berkenaan.

    Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengikuti Instagram kejohanan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...