Thursday, April 18, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Peluang berharga bersua raja penyayang

    Oleh Salawati Haji Yahya & Nurdiyanah R

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JULAI – ‘Raja berjiwa rakyat, raja yang penyayang’, ini antara bait-bait kata yang sentiasa meniti di bibir-bibir rakyat jelata setiap kali menggambarkan keperibadian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

    Dalam kemeriahan keberangkatan Baginda bercemar duli bagi Majlis Ramah Mesra bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Brunei dan Muara di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien di ibu negara hari ini, Media Permata berkesempatan menemu bual beberapa orang pengunjung dengan rata-rata melahirkan perasaan teruja sekali lagi berpeluang menatap wajah Baginda dengan lebih dekat lagi.

    Awang Hairulrizan bin Serudin dari Kampung Orang Kaya Besar Imas sudah berada di taman berkenaan sejak pukul 6 lebih dengan melihat pelbagai persiapan sedang rancak dibuat untuk menyambut keberangkatan Baginda Sultan.

    Menurutnya, ini merupakan tahun kedua beliau datang bersama keluarga dan dalam acara itu juga, anak-anak akan merasa lebih teruja untuk menatap wajah Baginda Sultan dengan lebih dekat lagi.

    Dengan menghadiri acara berkenaan bersama anak-anak, ia sedikit sebanyak dapat menanamkan dan mendidik mereka untuk cintakan raja.

    Awang Hairulrizan ketika ditemu bual media pada Majlis Ramah Mesra bersama Rakyat dan Penduduk di ibu negara.
    Awang Sukarni ketika ditemui bersama ibunya pada majlis tersebut.

    Manakala itu, bagi Awang Sukarni Sulaiman dari Kampung Lupak Luas, menghadiri majlis ramah mesra berkenaan setiap tahun adalah bagi melihat keperibadian Baginda Sultan yang merupakan seorang raja pemedulian dan kasihkan rakyat.

    Beliau yang datang bersama keluarga dan kedua-dua ibu bapanya seawal 7 pagi, melihat pengorbanan Baginda terhadap rakyatnya dan selaku rakyat Baginda Sultan yang bernaung di bumi Darussalam, beliau sanggup bangun awal pagi bersama anak-anak hanya kerana untuk menyembahkan ucapan ulang tahun hari keputeraan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

    Dengan semangat untuk berjumpa Baginda lebih dekat lagi, jelasnya, kedua orang tua beliau juga tidak kurang teruja untuk datang menatap wajah Baginda dan inilah saat yang paling di tunggu-tunggu setiap tahun.

    Manakala itu, ibu Awang Sukarni sempat berkongsi pengalaman sambutan semasa paduka ayahanda Baginda masih ada, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, yang mana kemeriahan sambutan masih tetap sama.

    “Jika dulu, kami akan duduk di kerusi kayu yang disediakan di taman ini di mana juga diadakan persembahan khas tapi persembahannya pada masa ini jika dibandingkan dulu, jauh sekali perbezaannya,” jelasnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...