Thursday, February 13, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peluang berjaja di kejohanan HBT

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 April – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan memaklumkan bahawa gerai berjaja akan diadakan sepanjang Piala Hassanal Bolkiah (HBT) Kejohanan Bolasepak bagi Belia ASEAN 2018 di kawasan berjaja yang akan disediakan di kawasan Stadium Negara Hassanal Bolkiah dan Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

    Sehubungan dengan itu, orang ramai yang berminat untuk berjaja pada waktu berkenaan, borang permohonan untuk berjaja kini boleh didapatkan bermula 11 April di Bahagian Prasarana dan Estet, Tingkat 6, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada waktu bekerja.

    Permohonan adalah dibukakan kepada orang ramai yang terdiri daripada rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam di mana satu permohonan akan diberikan satu petak sahaja dan ia adalah terhad.

    Tarikh tutup menghantar borang permohonan ialah pada 16 April sebelum pukul 2 petang di Bahagian Prasarana dan Estet, Tingkat 6, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda