Peluang besar pembuat filem tempatan

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN – Melihat kepada sambutan yang menggalakkan daripada penonton, Origin Artistic terus memberi peluang kepada pembuat filem di negara ini untuk menyertai Brunei Film Blitz ke-3 yang akan bermula pada 14 hingga 28 Disember 2019 di Mahakarya Institut Arts Asia.

Perkara ini diumumkan oleh Pengarah Origin Artistic, Dayang Siti Kamaluddin dan Program Koordinator untuk Flim Blitz ke-3, Dr Alex Fischer semasa sidang media, hari ini.

Dayang Siti Kamaluddin seterusnya menjelaskan, pertandingan tahun ini lebih menarik dan besar berbanding pada tahun sebelumnya.

Katanya, pendaftaran telah pun dibukakan dan pada tahun ini, tiga kategori dibukakan iaitu Kategori Terbuka, Kategori 96 Hour Blitz dan yang terbaharu, Kategori Filem Pendek Islamik dengan setiap kategori tidak terhad kepada genre.

Beliau seterusnya menambah, dengan tambahan satu lagi kategori, pertandingan menyasarkan kepada pengisian islamik yang mana Kategori Terbuka dan Islamik ini mestilah diambil di Brunei.

Pemenang untuk setiap kategori bukan sahaja berpeluang membawa pulang piala malah tiket penerbangan untuk dua orang.

Bagi Kategori Terbuka, beliau berkata, pemenang akan memenangi tiket ke Seoul, Kategori Islamik pula akan membawa pulang tiket ke Osaka sementara pemenang bagi 96 Blitz akan membawa pulang tiket ke Gold Goast.

Katanya lagi, “Penyertaan dalam Film Blitz ini adalah dalam bentuk naratif, fiksyen, dokumentari, animasi, eksperimental dan setiap penyertaan berhak untuk menyertai program latihan yang dianjurkan oleh Brunei Film Blitz”.

Manakala itu, Dr Alex Fischer pula mengongsikan bahawa penyertaan dari negara luar setakat ini telah mencecah kepada 15 penyertaan dari 15 buah negara. Negara-negara yang menyertai dalam BFB adalah Filipina, Indonesia, Thailnad, Singapura, Jepun, Korea, China, India, Pakistan, Iran, Arab Saudi, Amerika Syarikat, Kanada dan Perancis.

Semasa sidang media bersama Dayang Siti Kamaluddin dan Dr Alex Fischer.