LONDON, 16 Julai – Lima tahun selepas kejayaan Wimbledon terakhirnya, Roger Federer boleh menghasilkan rekod lapan gelaran All England Club malam ini dan menjadi juara tertua kejohanan itu di era moden.
Dengan hari jadinya ke-36 menjelang tiba, jaguh Switzerland itu akan mengatasi Arthur Ashe, yang berusia hampir 32 tahun ketika dia memenangi gelaran itu pada 1975, sebagai juara paling senior Wimbledon.
Kemenangan ke atas Marin Cilic dari Croatia juga telah memberikannya gelaran kerjaya Grand Slam ke-19 dan kedua dalam tiga utama tahun ini selepas menjuarai Terbuka Australia pada bulan Januari selepas tidak beraksi selama sembilan bulan.
“Saya berharap dalam prestasi yang baik ketika musim gelanggang rumput berlangsung,” kata Federer.
“Dalam tiga, empat bulan pertama ia seperti mimpi. Jadi ini adalah sesuatu yang saya berusaha mencapainya, Wimbledon, dalam prestasi yang baik. Saya gembira ia berbaloi kini.”
Federer mengakui prestasinya dalam 2017 telah mengejutkan dirinya selepas dia berehat dalam musim 2016 kerana kecederaan lutut selepas kekalahan brutal lima set di separuh akhir Wimbledon kepada Milos Raonic.
Dia memenagi 30 perlawanan dan hanya tewas dua kali tahun ini, telah mara ke final ke-11 Wimbledon tanpa melepaskan sebarang set.
Perlawanan malam ini akan menjadi perlawanan ke-102 di kejohanan itu dan final ke-29 di kejohanan utama. – AFP