Peluang harumkan nama negara

Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan semasa berucap pada majlis penyerahan bendera kepada kontinjen negara ke Sukan Persahabatan BIMPNT-EAGA ke-10.

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Dis – Para atlet dan kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Persahabatan BIMPNT-EAGA ke-10 adalah diperingatkan untuk menunjukkan kebanggaan dan penghayatan terhadap Falsafah Melayu Islam Beraja (MIB), yang merupakan identiti yang perlu dijaga dan dikongsikan keindahannya dengan sebaiknya kepada rakan-rakan antarabangsa lainnya. (Klik di sini untuk cerita lanjut)