Peluang ke Liga Super masih ada

SHAH ALAM, 10 JULAI – Ketua jurulatih  UiTM FC, Ismail Zakaria mengakui skuad The Lion Troops masih mempunyai peluang untuk layak beraksi pada saingan Liga Super musim depan.

Bekas jurulatih Sime Darby dan Kuantan FA itu bagaimanapun mengakui pemain kendaliannya perlu memperkemaskan corak permainan selain mencatat keputusan positif dalam baki dua perlawanan untuk mencerahkan peluang beraksi pada saingan utama liga bola sepak negara itu.

“Peluang untuk kami layak ke Liga Super (pada musim depan) masih ada, tetapi macam saya kata, jika pergi dalam keadaan yang belum bersedia sepenuhnya besar, kemungkinan kita akan jadi pasukan belasahan, kalau boleh saya nak elakkan perkara ini berlaku,” katanya pada sidang media selepas perlawanan Liga Premier di antara UiTM FC dan Sabah di Stadium UiTM, di sini, malam tadi. – Bernama