Peluang keemasan buat Albon

LONDON, 13 OGOS – Pemandu Formula Satu (F1) dari Thailand, Alexander Albon telah dipromosikan untuk berlumba bersama Max Verstappen bagi pasukan Red Bull dan mempunyai tempoh baki musim ini untuk menjadikan perubahan itu kekal.

Pemain berusia 23 tahun kelahiran England, yang mana ibunya warga Thai, dinaikkan daripada pasukan bawah Red Bull, Toro Rosso, sementara pemandu Perancis, Pierre Gasly berpindah ke arah bertentangan.

Pemanduan pertama Albon untuk Red Bull adalah pada 1 September ini bagi Grand Prix Belgium.

“Alexander Albon dinaikkan menjadi pemandu Aston Martin Red Bull untuk bergandingan bersama Max Verstappen, sementara Pierre Gasly akan kembali ke Scuderia Toro Rosso,” menurut kenyataan pasukan. – AFP

Alexander Albon ketika menghadiri sidang media di Jerman pada 25 Julai 2019. – AFP