Tuesday, August 16, 2022
23.6 C
Brunei

Peluang kenali Suzuki Celerio baharu

-

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OGOS – Para peminat kenderaan keluaran Suzuki, kini boleh menyaksikan dan mengetahui dengan lebih dekat lagi mengenai Suzuki Celerio terbaharu yang dilancarkan oleh Boustead Sdn Bhd, pengedar tunggal automotif Suzuki di Negara Brunei Darussalam.

Suzuki Celerio terbaharu itu kini dipamerkan semasa Jerayawara Suzuki yang membawa konsep ‘Mengejar Impian’ yang berlangsung di Pusat Membeli-belah OneCity bermula hari ini hingga Ahad.

Generasi pertama Suzuki Celerio mula diperkenalkan pada 2014 dan ia mempunyai reputasi di Brunei sebagai sebuah kereta yang mampu untuk dimiliki, kos penyelenggaraan yang rendah, ruangan dalam yang selesa, jimat minyak dan mudah untuk digunakan serta dipandu.

Ciri-ciri menarik itu turut diwarisi oleh generasi ke-2 Suzuki Celerio yang baru dilancarkan dengan mengetengahkan beberapa peningkatan serta tambahan yang menarik.

Konsep pelancaran bagi Suzuki Celerio terbaharu adalah berasaskan kepada ciri-ciri menarik yang ditawarkan pada model terkini itu di mana ia merupakan kereta yang sesuai bagi perjalanan seharian atau sebagai kereta bagi mereka yang baru melangkah ke alam pekerjaan yang ingin mencapai impian yang lebih besar pada masa akan datang.

Suzuki Celerio terbaharu itu telah dilancarkan secara digital melalui plat-form media sosial sehari sebelum jerayawara berkenaan.

Selain daripada mengetengahkan Suzuki Celerio, jerayawara itu turut menampilkan model-model kenderaan Suzuki yang lain termasuk Ertiga, Swift dan S-Presso.

Pengunjung yang mengambil swafoto bersama Celerio terbaharu dan memuat naik ke akaun media sosial akan menerima baucar bernilai $5. – Gambar oleh Muiz Matdani
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Lelaki lepas 5 das tembakan di lapangan terbang ditahan

SYDNEY, 14 OGOS – Seorang lelaki bersenjata melepaskan lima das tembakan di lapangan terbang utama Canberra hari ini, menyebabkan penumpang melarikan diri tetapi tidak...
- Advertisment -