Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Peluang kenali Universiti Edinburgh

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JAN – Ibu bapa dan pelajar yang ingin mengetahui dan melanjutkan pelajaran ke menara gading di luar negara kini berpeluang mengenali universiti yang sudah lebih 440 tahun bertapak di Scotland melalui ceramah terbuka yang akan diadakan pada 10 Januari ini.

    Menurut kenyataan dikeluarkan oleh Agensi Perkhidmatan Pendidikan Findlay hari ini, perwakilan dari Universiti Edinburgh, Scotland iaitu Pengurus Pengambilan Antarabangsa bagi Asia Tenggara dan Australasia, Louise Zeelenberg akan menganjurkan ceramah di ibu pejabat Findlay di Gadong pada jam 5 petang.

    Sehubungan ibu bapa dan pelajar yang ingin mengetahui lebih lanjut peluang belajar di universiti berprestij yang merupakan ahli Kumpulan Russell dan berada di kedudukan ke-15 Ranking Dunia QS 2023, boleh berkunjung ke ibu pejabat Findlay untuk mendengar ceramah tersebut.

    Universiti tersebut yang turut berada dalam kedudukan ke-29 Ranking Dunia 2023 di Times Higher, popular dalam kalangan pelajar Brunei. Sejumlah 44 peratus populasi pelajarnya adalah pelajar antarabangsa dari 180 buah negara.

    Ia juga terkenal dalam pendidikan data sains dan mempunyai jabatan pengkomputeran terbesar di Eropah.

    Manakala program pengajaran dan penyelidikan sarjana muda dan pascasiswazah universiti terdiri daripada pelbagai fakulti serta meraih manfaat daripada teknologi canggih untuk mengekalkan kelebihannya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...