Sunday, March 16, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peluang kerjasama perundangan antarabangsa

    WUHAN, 24 Sept – Inisiatif ‘Belt and Road’ menambah keperluan dan menyediakan peluang bagi kerjasama undang-undang antarabangsa, menurut para pakar.

    “Inisiatif itu bermakna lebih banyak pertukaran antara negara-negara di sepanjang laluan dan saling memahami adalah perlu,” Huang Jin, presiden Persatuan Undang-undang Persendirian Antarabangsa berkata pada Forum Sejagat Undang-undang Persendirian Antarabangsa yang telah diadakan Jumaat dan Sabtu lalu di Wuhan, bandar wilayah Hubei, tengah China.

    “Memahami sistem undang-undang antara satu sama lain adalah bahagian yang penting.”

    Ketika pelaburan, perdagangan dan pertukaran kebudayaan bertambah, banyak masalah akan berbangkit, dengan demikian kerjasama undang-undang adalah diperlukan, menurut Huang, yang juga presiden Universiti Sains Politik dan Undang-undang China.

    “Kita perlukan kerjasama undang-undang untuk menyelesaikan pertikaian,” katanya lagi.

    “Inisiatif itu akan mewujudkan peluang bagi perniagaan,” kata Tiong Min Yeo, seorang profesor undang-undang di Universiti Pengurusan Singapura. “Negara-negara yang terlibat dalam inisiatif akan dapat melihat lebih jelas perlunya infrastruktur undang-undang.”

    “Inisiatif ‘Belt and Road’ adalah inisiatif besar dari segi peluang yang diwujudkannya bagi kerjasama undang-undang antarabangsa,” kata Alex Mills, seorang pakar undang-undang di Kolej Universiti London.

    Mills memuji China kerana peranannya yang aktif dalam mengembangkan undang-undang antarabangsa berhubung kerjasama dan urus niaga antarabangsa. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda