Peluang melancong bersama Baiduri

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Nov – Bank Baiduri dengan kerjasama Mastercard menawarkan peluang hebat kepada pemegang kad Baiduri Mastercard untuk memenangi pakej pelancongan bagi dua orang ke Resorts World Sentosa.

Pakej menarik itu termasuk penginapan dua malam di hotel lima bintang, kunjungan VIP ke Universal Studios Singapura dan pengalaman makan malam hebat untuk dua orang.

Pemegang Baiduri Mastercard perlu menggunakan kad kredit mereka untuk membuat sebarang pembelian antara hujung Oktober lalu hingga akhir Disember bagi melayakkan diri bagi undian itu. Pemegang kad yang membelanjakan jumlah terkumpul sekurang-kurangnya $1,000, menerima satu peluang bagi undian pakej istimewa itu.

Bahkan, mana-mana peserta baharu yang berjaya mendapatkan Kad Kredit Baiduri Mastercard akan menikmati lima tahun pengecualian yuran tahunan. Kad Kredit Baiduri Mastercard mempunyai banyak faedah dan tawaran, antaranya keistimewaan Program Baiduri Instant Reward.

Dengan setiap pembelian, para pelanggan menikmati mata bonus, yang boleh ditukar menjadi Baiduri Dollar, yang disimpan dalam Instant Rewards untuk penebusan.

Ketika ini, Bank Baiduri mempunyai lebih 2,000 rakan niaga di seluruh Brunei, yang menawarkan pemegang kad Baiduri tawaran istimewa serta diskaun menarik.

Di luar negara, pemengang Kad Kredit Baiduri Mastercard tidak hanya menikmati pelbagai tawaran menarik bagi pelancongan, makanan, membeli-belah, sukan dan hiburan, bahkan bantuan kecemasan global 24 jam. Selain itu insurans perjalanan percuma dan akses pada lebih 900 ruang VIP lapangan terbang di seluruh dunia, bergantung kepada jenis kad.