Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Peluang menang hadiah dalam Ceria Raya bersama Shell

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 APRIL – Bersempena menjelangnya sambutan Hari Raya Aidilfitri, Syarikat Pemasaran Brunei Shell (BSM) Sdn Bhd kini menawarkan hadiah-hadiah istimewa bagi pembelian minyak pelincir Shell menerusi promosi Ceria Raya bersama Shell yang sedang berjalan sehingga pertengahan Jun depan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan BSM, para pelanggan berpeluang memenangi tiga pakej hadiah eksklusif seperti baju polo Shell Helix edisi terhad, Shell Car Care dan paket Hari Raya, bertakluk kepada pilihan jenis pembelian pelincir Shell.

    Dalam promosi berkenaan, pelanggan akan mendapat pelbagai pilihan hadiah Shell Car Care terdiri daripada produk-produk bermutu tinggi seperti syampu kereta, pembersih dalaman, cecair pencuci, kain lap pembersih, penyegar udara dan sebagainya. Selain itu, paket Hari Raya juga tersedia dengan lima rekaan bertemakan BSM yang unik. Promosi hanya tersedia untuk pelincir Shell dikhususkan untuk pasaran Brunei.

    Antara produk Shell Car Care yang ditawarkan. – Gambar serahan BSM
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...