Monday, October 2, 2023
22.6 C
Brunei

    -

    Peluang menang minyak V-Power satu tahun

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 NOV – Orang ramai dialu-alukan untuk mengambil bahagian dalam Kaji Selidik Shell V-Power terkini di mana seorang individu bertuah berpeluang untuk memenangi minyak Shell V-Power selama satu tahun.

    Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM), dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, menyatakan bahawa BSM ingin mendapatkan maklum balas dan pengalaman para pelanggan bagi minyak Shell V-Power. Kaji selidik berkenaan boleh didapatkan secara dalam talian dan berjalan dari 28 Oktober hingga 27 November dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Inggeris.

    Orang ramai boleh mengakses kaji selidik berkenaan di http://www.go4bsm.co/MP atau dengan mengimbas kod QR di akaun Instagram dan Facebook serta melalui laman sesawang BSM.

    Para peserta layak untuk menyertai cabutan setelah melengkapkan kaji selidik dan menyediakan butiran lengkap mereka seperti diperlukan.

    Setelah melengkapkan kaji selidik tersebut, setiap peserta juga secara automatik menerima baucar diskaun bagi Singgah Store.

    Sesudah tempoh kaji selidik berakhir, finalis-finalis akan dihubungi menerusi Pusat Panggilan BSM bagi tujuan pengesahan dan pemenang akan diumumkan pada Disember 2022.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Ikan paus langgar bot, 1 maut, 1 cedera  

    SYDNEY, 1 OKT - Seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera selepas seekor ikan paus melanggar sebuah bot di luar pantai timur Australia, kelmarin,...

    Singa baham tuan