Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MAC – Seramai 20 orang pelanggan bertuah Shell V-Power berpeluang untuk memenangi 50,000 Royal Skies miles setiap seorang dalam promosi Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM) bermula esok hingga lewat bulan ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BSM, di sini, promosi itu boleh didapati di kesemua 16 buah stesen V-Power di seluruh Brunei dan bagi setiap pembelian minyak Shell V-Power dengan tiada jumlah minimum, setiap pelanggan akan layak untuk mendapatkan satu resit Shell V-Power.
Setiap resit akan mengandungi nombor siri yang unik di mana pelanggan boleh berkunjung ke saluran media sosial BSM atau laman sesawang mereka untuk mengimbas kod QR bagi mendaftar serta menghantar butiran mereka danpenyertaan dalam cabutan bertuah
berkenaan.
